Selasa, 29 Jun 2010

Pure Goat Milk


Susu Kambing Asli.

Kebaikan & Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam

  • Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.
  • Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Alahan Laktosa

  • Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah
  • Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali

  • Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
  • Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik

  • Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir

  • Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium

  • Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium

  • Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing – Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan

  • Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
  • Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  • Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
  • Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).
  • Susu kambing juga mengandungi factor anti barah.

Isnin, 28 Jun 2010

Honey Goat Milk


Susu Kambing Asli Bermadu

Kombinasi Susu kambing dan Madu sangat hebat kerana khasiat kedua-dua bahan asli ini diakui hebat bukan saja melalui kajian saintifik malah disebut didalam Hadis dan Al-Quran.
Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

Ahad, 27 Jun 2010

Goji Cafe



HASIAT BUAH GOJI ASLI **
1.Membantu sistem penghadaman
2.Meningkatkan keceriaan dan semangat anda
3.Menghilangkan tekanan dan gelisah
4.Membantu mengurangkan batuk kering yang kronik
5.Meningkatkan memori dan memulih ingatan
6.Menyokong fungsi buah pinggang
7.Menguatkan otot dan tulang
8.Meningkatkan kesuburan
9.Menghalang loya dipringkat awal mengandung
10.Merawat simptom-simptom menaupause
11.Menyokong fungsi hati yang sihat
12.Mengaktifkan fungsi enzim anti-radang
13.Meningkatkan limfosit
14.Membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel merah, sel-sel putih, platelet, dan rawatan sum-sum tulang
15.Mengurangkan kesan toksik kemotrapi dan radiasi
16.Menghalang tumbuhbesar tumor
17.Menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
18.Digunakan secara tradisional sebagai penawar kanser.
19.Meningkatkan respon imunisasi (T-cell, IL-2, IgA, IgG)
20.Meningkatkan halangan kepada penyakit
21.Menghalang peroksidaan lipid(yang menyebabkan sakit jantung)
22.Mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
23.Melegakan insomania dan tidur yang lebih nyenyak
24.Melegakan sakit kepala dan pening
25.Membantu mengurangkan berat badan
26.Meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
27.Menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
28.Mengurangkan kolestrol
29.Mengurangkan risiko kanser
30.Mengekalkan tekanan darah yang sihat
31.Merangsang rembesan HGH ( hormonpertumbuhan manusia)- hormon remaja
32.Meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit
33.Mempunyai tindakan anti-oksida yang baik-menghalang diri tua sebelum masanya.
* kajian saintifik Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D seorang pakar herba dan ahli farmasi.

Teh Misai Kucing



Herba Misai Kucing terkenal kerana kesan diuretiknya yang selamat tanpa menjejaskan buah pinggang. Diuretik bermakna proses membuang air di dalam badan. Misai Kucing tidak mengeringkan ( dehydrate ) air tubuh walaupun bersifat diuretik.

Minuman herba Misai Kucing telah terbukti berkesan merawat penyakit-penyakit yang berkait dengan fungsi buah pinggang seperti batu karang, melawas pembuangan air kecil, membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, menurunkan berat badan berlebihan, menghancur dan mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan oleh tubuh, merawat radang sendir ( arthritis ), gout dan sengal-sengal atau lenguh ( rheumatism ) disamping menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendiri dan otot serta membantu melancarkan perjalanan darah.

Minuman herba Misai Kucing mengandungi potassium untuk menggantikan air yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Kandungan saponin dan tanin pada Minuman herba Misai Kucing juga boleh mengubati keputihan dikalangan wanita.

Selain itu ia mengandungi Kalium dan Sinensetin. kalium bersifat diuretik dan pelarut batu karang dalam saluran air kencing, manakala sinensetin bersifat antibakteria. kajian saintifik tentang herba Orthosiphon Stamineus menunjukkan :
- Air rebusan daunnya meningkatkan perpeluhan badan untuk mengeluarkan bahan toksid yang berlebihan dari badan
- Digunakan sebagai pencuci darah ( blood purifier ) dan agen untuk mengurangkan radang ( inflammation ) di dalam kes-kes arhritis
- Merencat pertumbuhan batu karang dan membantu melawaskan pembuangan air kecil
- Berkesan menyeimbang, mengawal dan menurunkan berat badan

Rabu, 23 Jun 2010

KURMA Cafe



Rasa kopi sebenar dengan nilai tambah khasiat ekstrak buah kurma bersama Aroma yang hebat.Bukan saja lazat tetapi yang lebih penting ialah khasiat kurma itu sendiri.

KHASIAT BUAH KURMA
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Rujukan :Al Hadaf.

Kontrak Pengilangan KOPI

Jumaat, 4 Jun 2010

Selamat Datang


Assalamualaikumm.. Wrh..Mth..

Selamat datang ke blog syarikat kami Fyto Legacy Food & Beverage