Ahad, 27 Jun 2010

Teh Misai Kucing



Herba Misai Kucing terkenal kerana kesan diuretiknya yang selamat tanpa menjejaskan buah pinggang. Diuretik bermakna proses membuang air di dalam badan. Misai Kucing tidak mengeringkan ( dehydrate ) air tubuh walaupun bersifat diuretik.

Minuman herba Misai Kucing telah terbukti berkesan merawat penyakit-penyakit yang berkait dengan fungsi buah pinggang seperti batu karang, melawas pembuangan air kecil, membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, menurunkan berat badan berlebihan, menghancur dan mengeluarkan kolestrol yang tidak diperlukan oleh tubuh, merawat radang sendir ( arthritis ), gout dan sengal-sengal atau lenguh ( rheumatism ) disamping menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendiri dan otot serta membantu melancarkan perjalanan darah.

Minuman herba Misai Kucing mengandungi potassium untuk menggantikan air yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Kandungan saponin dan tanin pada Minuman herba Misai Kucing juga boleh mengubati keputihan dikalangan wanita.

Selain itu ia mengandungi Kalium dan Sinensetin. kalium bersifat diuretik dan pelarut batu karang dalam saluran air kencing, manakala sinensetin bersifat antibakteria. kajian saintifik tentang herba Orthosiphon Stamineus menunjukkan :
- Air rebusan daunnya meningkatkan perpeluhan badan untuk mengeluarkan bahan toksid yang berlebihan dari badan
- Digunakan sebagai pencuci darah ( blood purifier ) dan agen untuk mengurangkan radang ( inflammation ) di dalam kes-kes arhritis
- Merencat pertumbuhan batu karang dan membantu melawaskan pembuangan air kecil
- Berkesan menyeimbang, mengawal dan menurunkan berat badan

Tiada ulasan: